fbpx

8 korban tanah runtuh, puluhan terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera mencari mangsa yang hilang susulan tanah runtuh di kampung Liangshui, wilayah Yunnan semalam. - AFP

BEIJING – Berpuluh-puluh orang tertimbus dan lapan disahkan terbunuh dalam bencana tanah runtuh di kawasan pergunungan terpencil di barat daya China semalam.

Tanah runtuh yang berlaku sebelum subuh itu menimbus 18 kediaman dan memaksa 200 orang dipindahkan.

Bencana berlaku di Daerah Zhenxiong , wilayah Yunnan, lapor media pemerintah.

Lapan orang disahkan terkorban, manakala pasukan penyelamat telah mengeluarkan empat mangsa, demikian menurut stesen penyiaran rasmi CCTV sekitar pukul 5.30 petang semalam.

Keadaan empat mangsa tersebut bagaimanapun tidak diketahui.

Seramai 200 pekerja penyelamat telah dikerahkan berserta berpuluh-puluh jentera bomba dan peralatan lain.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, berpuluh-puluh mangsa masih terperangkap setakat malam tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI