fbpx
YOUFU bersama isterinya menunjukkan antara hidangan Xinjiang yang ditawarkan di Mee Tarik Shepherd, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Rasai kepedasan unik sajian asli Xinjiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RASA kuah tomato yang pekat dengan sedikit sentuhan pedas hasil gabungan lada hijau dan merah menjadi tarikan utama hidangan big plate chicken.

Disediakan dalam saiz hidangan yang besar, ia sesuai dikongsi sehingga tiga orang dan enak dinikmati bersama mi, nasi atau roti naan.

Sajian tradisi masyarakat Muslim di Xinjiang, China itu merupakan antara hidangan paling laris di Mee Tarik Shepherd, Seri Kembangan, Selangor.

Menurut wakil restoran, Wang Youfu, keistimewaan masakan Xinjiang terletak pada penggunaan sos, cili dan rempah khas yang memberikan rasa tersendiri tanpa terlalu menyengat pedas.

“Bagi mengekalkan rasa asli masakan tradisi nenek moyang, kami mengimport cili khas dari Xinjiang, China.

“Walaupun memberikan rasa pedas, cili berkenaan tidak terlalu menyengat, sebaliknya menghasilkan aroma yang enak pada setiap hidangan,” katanya.

Selain big plate chicken, penggemar hidangan berasaskan ayam turut boleh mencuba spicy chicken with peppers, iaitu ayam yang dipotong kecil-kecil sebelum dimasak bersama lada.

Hidangan ini menawarkan rasa lebih kuat dengan sentuhan pedas, manakala tekstur ayam yang lembut menjadikannya sesuai dinikmati bersama nasi, mi atau roti.

MENU Xinjiang fried rice noodles yang menjadi kelaziman
di Xinjiang patut dicuba.

Bagi penggemar kambing pula, lamb kebab antara pilihan yang boleh dicuba. Kebab kambing ini mempunyai saiz lebih besar dengan rasa berempah hasil penggunaan rempah khas.

Turut ditawarkan ialah cumin lamb yang menampilkan potongan kambing dimasak bersama jintan putih, bawang, lada dan kacang tanah. Aroma jintan yang harum menyerlahkan rasa sajian.

Selain itu, lamb bone soup atau sup tulang kambing yang dimasak bersama garam serta campuran rempah istimewa memberikan rasa herba yang ringan dan menyegarkan.

Kongsi Youfu, masyarakat Xinjiang lebih banyak menikmati mi dan roti berbanding nasi, sekali gus membezakan budaya makanan Xinjiang dengan wilayah lain di China.

“Sekiranya mahu makan seperti masyarakat sana, kami sarankan untuk cuba Xinjiang fried rice noodles dan dry fried noodles.

“Mereka juga boleh memesan Xinjiang naan, iaitu roti tradisional berbentuk leper yang diperbuat daripada tepung gandum,” katanya.

Pengunjung patut mencuba ba bao cha atau teh lapan khazanah mengandungi longan dan kurma yang sering menjadi pelengkap pelbagai sajian panas.
– Foto Afiq Razali

Pelanggan juga boleh menikmati sup bebola daging lembu bersama suhun, tauhu dan cendawan yang memberikan rasa lebih ringan namun tetap berperisa.

Bagi penggemar ikan pula, Xinjiang braised fish menampilkan siakap segar yang digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sos istimewa.

Turut menjadi pilihan ialah liang pan iaitu hidangan sejuk campuran berasaskan sayuran dan mi kanji yang memberikan rasa segar.

Dalam budaya makanan Xinjiang, hidangan ini sering dinikmati sebagai pelengkap kepada pelbagai sajian panas yang lain.

Tambah Youfu, pelanggan turut boleh mencuba ba bao cha atau teh lapan khazanah yang disaji dalam mangkuk kecil seperti amalan di China.

“Kami turut hidangkan minuman teh panas dalam mangkuk bagi melengkapkan pengalaman pelanggan dalam menikmati hidangan Xinjiang.

“Campuran teh bersama longan dan kurma menghasilkan rasa manis semula jadi dengan aroma yang tersendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN