fbpx

Tentera Amerika bedil Yemen lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR satelit Maxar Technologies menunjukkan infrastruktur militia Houthi yang musnah dalam serangan AS pada 12 Januari lalu. – MAXAR TECHNOLOGIES/ AFP

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) membedil 14 sasaran peluru berpandu yang sedia untuk dilancarkan di Yemen, kata Pentagon semalam.

“Semua peluru berpandu ini mendatangkan ancaman terhadap kapal dagang dan kapal Tentera Laut AS di rantau berkenaan dan boleh dilancarkan pada bila-bila masa sahaja. Serangan dilancarkan sebagai hak dan obligasi AS untuk mempertahankan dirinya,” kata markas perintah pusat, CENTCOM dalam satu kenyataan.

Hani Kayed, 44,  yang merupakan penduduk bandar pelabuhan Hodeida di Yemen memberitahu AFP bahawa dia mendengar letupan kuat sekitar pukul 2.16 pagi (waktu tempatan) semalam di timur bandar itu dekat lapangan terbang.

Hodeida dan bandar  Taez menjadi sasaran pusingan pertama serangan AS serta  Britain di Yemen pada minggu lalu.

Media Houthi,  Al-Masirah TV melaporkan,  kedua-dua bandar itu dibedil sekali lagi dalam serangan semalam di samping tiga kawasan lain. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI