fbpx
Weng San pada sesi perbahasan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor di Dewan Negeri Selangor. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

PPDTS mungkin diperluas ke fasa 3 jika ekonomi terus terjejas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 1 dan 2 yang diperkenalkan bagi membantu pelbagai golongan dan sektor yang terkesan akibat konflik Asia Barat ketika ini hanya mampu bertahan enam bulan sahaja.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San berpendapat kerajaan negeri mungkin perlu memperkenalkan PPDTS Fasa 3 sekiranya sekiranya keadaan ekonomi dunia terus terjejas bagi membantu golongan ini.

“Mana tahu kita perlu melaksanakan Pakej 3 (Fasa 3) nanti. Kita sendiri tak tahu kerana pakej (Fasa 1 dan 2) hanya bertahan enam bulan sahaja.

“Oleh sebab itu, saya berharap penjelasan saya ini di bawah Peraturan 48(7) Petua Speaker iaitu dapat memberikan penjelasan yang secukupnya bukan sahaja kepada Ahli Dewan, malah orang ramai juga,” katanya ketika sesi perbahasan PPDTS Fasa 1 dan 2 pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-15 di sini, hari ini.

Mengulas soalan sama ada kerajaan negeri mempunyai punca kuasa sah untuk membelanjakan RM355.06 juta di bawah PPDTS Fasa 1 dan 2 yang dibangkitkan Mohd. Shafie Ngah (PN- Sungai Ramal), Weng San menjelaskan pembentangan pakej itu bukan berbentuk usul atau Rang Undang-Undang (RUU).

Menurutnya, kerajaan negeri mempunyai asas kuasa melaksanakan inisiatif tersebut namun perlu mengemukakannya dalam RUU Perbekalan Tambahan bagi dimasukkan dalam Belanjawan 2026.

“Mesyuarat khas kali ini diadakan supaya wakil rakyat dapat memberikan pandangan bagaimana kerajaan negeri dapat menambah lagi apa-apa perkara dalam pakej ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN