fbpx

Pakistan serang ‘tempat persembunyian pengganas’ di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta sebelum memasuki bangunan Kementerian Luar Pakistan di Islamabad hari ini. – AFP

ISLAMABAD – Pakistan menyatakan hari ini bahawa pihaknya melancarkan serangan terhadap beberapa sasaran militan di Iran, selepas Teheran membedil wilayah Pakistan awal minggu ini.

Media Teheran melaporkan, tiga wanita dan empat kanak-kanak terbunuh dalam letupan di tenggara Iran.

“Pagi ini, Pakistan melancarkan siri serangan tentera disasarkan secara khusus terhadap tempat persembunyian pengganas di wilayah Siestan-o-Baluchistan di Iran,” kata kenyataan Kementerian Luar Pakistan sambil menambah, ‘sebilangan pengganas terbunuh.’

Serangan itu berlaku selepas Iran mengesahkan melancarkan serangan terhadap ‘kumpulan pengganas’ lewat kelmarin di Pakistan, menyebabkan dua kanak-kanak terbunuh.

“Pakistan menghormati sepenuhnya kedaulatan dan integriti wilayah Republik Islam Iran.

“Objektif tunggal tindakan hari ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kepentingan negara Pakistan yang tidak boleh dikompromi,” tambah Kementerian Luar Pakistan.

Agensi berita rasmi IRNA memetik seorang pegawai wilayah Iran sebagai berkata, letupan kedengaran di beberapa kawasan sekitar bandar Saravan.

Kementerian Luar Pakistan semalam mengecam serangan Iran pada minggu ini sebagai ‘pencabulan kedaulatan Pakistan secara terang-terangan dan tanpa provokasi.’

Islamabad juga melarang duta Iran yang kini berada di Teheran daripada kembali ke Pakistan.

Teheran dan Islamabad saling menuduh pihak satu lagi membenarkan kumpulan militan beroperasi dari wilayah masing-masing namun, jarang mengambil tindakan ketenteraan secara rasmi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI