fbpx

Monyet guna sistem barter, tukar telefon dengan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telefon lelaki tersebut diserahkan selepas orang ramai melempar minuman. - Instagram

NEW DELHI – Seekor monyet di India tular selepas mencuri sebuah telefon bimbit jenama iPhone milik seorang lelaki sebagai pertukaran kepada makanan, lapor stesen penyiaran NDTV.

Sebuah klip video yang dikongsikan di laman Instagram mendedahkan bahawa kejadian berlaku di bandar Vrindavan pada 6 Januari lalu.

Video memaparkan dua monyet sedang duduk di atas tembok dengan seekor memegang telefon milik lelaki tersebut.

Orang ramai dilihat mengelilingi kawasan itu dan cuba membantu mendapatkan semula telefon yang dilarikan.

Mereka kemudian mencapai persetujuan dengan melempar sebungkus Frooti (minuman berperisa mangga) kepada monyet tersebut.

Sebaik sahaja monyet itu menangkap minuman yang dilontar, ia melemparkan telefon yang dipegang ke bawah sebelum ditangkap oleh seorang penduduk.

Video itu meraih perhatian orang ramai di ruangan komen dengan netizen berpendapat haiwan berkenaan telah belajar mencuri telefon untuk mendapatkan makanan.

“Ini dipanggil sistem barter,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI