fbpx

Dua bekas penguat kuasa terima rasuah RM18,000 ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan dua bekas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM18,000.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan bagi menutup satu siasatan kes pengubahan wang haram terhadap seorang lelaki.

Sumber memberitahu, suspek lelaki pertama berusia dalam lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 5.10 petang di sekitar ibu kota.

Suspek lelaki kedua yang juga berusia sekitar 30-an pula ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada pukul 8.57 malam tadi.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai menyamar sebagai pegawai dari Unit Risikan Bukit Aman dan datang ke pejabat mangsa di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis minggu lalu.

“Suspek memberitahu kononnya terdapat satu kes SPRM yang dibuka terhadap mangsa membabitkan kesalahan di bawah akta pengubahan wang haram.

“Sehari selepas itu, suspek datang semula ke pejabat mangsa dan meminta wang rasuah kira-kira RM18,000 sebagai balasan untuk menutup siasatan berkenaan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada suspek dan memaklumkan akan menyerahkan baki RM8,000 pada semalam (15 Januari) sebelum membuat laporan kepada SPRM pada Ahad lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI