fbpx

Lelaki ditahan, dadah bernilai RM45,900 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah dekat Lahat, Ipoh Selasa lalu. - IHSAN PDRM

IPOH – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM45,900 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 11 pagi.

Katanya, pemeriksaan di rumah lelaki itu menjumpai 18 peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 922 gram selain empat peket plastik lutsinar dan satu tiub kaca berisi dadah disyaki methamphetamine seberat 17.20 gram.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif methamphetamine. Suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak November lalu.

“Berdasarkan siasatan, dadah yang dirampas itu dipercayai diedarkan untuk pasaran tempatan iaitu di sekitar Ipoh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh lebih 3,000 orang penagih dadah.

“Tndakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan wang tunai milik suspek berjumlah RM139.

“Suspek direman selama enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta yang sama,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI