fbpx

Suami hilang nyawa selepas larang isteri rakam video Instagram Reels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rani obses merakam video untuk dimuat naik di platform-platform media sosial seperti TikTok dan Instagram. – AFP

NEW DELHI –  Seorang wanita di negeri Bihar, India ditahan kerana disyaki merancang pembunuhan suaminya selepas mangsa sering melarang dia merakam video untuk dimuat naik di Instagram Reels, lapor laman berita India Today kelmarin.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai  Rani Kumari, merancang komplot itu bersama kekasih gelap, Mohammad Sajjad serta dua saudara perempuannya, Rozi dan Sonali Kumari.

Rani dikatakan obses merakam video untuk dimuat naik di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram. Bagaimanapun, mangsa, Maheshwar Kumar Rai tidak menyukai sikapnya itu.

Pasangan yang sudah berkahwin hampir tujuh tahun itu kerap bertengkar mengenai perkara tersebut.

Dalam kejadian malam Ahad lalu, Rani dikatakan mengajak Maheshwar pergi ke rumah iparnya sebelum membunuh lelaki itu.

Insiden tersebut mula dihidu apabila saudara lelaki mangsa, Rudal, menelefonnya namun, panggilan tersebut dijawab oleh individu lain.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena ketika bercakap di telefon, Rudal meminta bapanya pergi ke rumah tersebut bagi memastikan keadaan mangsa.

Bapa mangsa yang tiba di rumah tersebut terkejut apabila menemui mayat anaknya sebelum dia membuat laporan polis.

Berdasarkan aduan, polis membuka kertas siasatan ke atas lima individu.

Rani dan dua saudara perempuannya telah ditahan untuk disoal siasat, manakala dua individu lain masih diburu. – AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI