fbpx

10 maut dalam konflik bersenjata Ecuador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan mengawal lokasi dekat kediaman Noboa di Quito semalam. - Foto AFP

QUITO – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu siri serangan yang dipercayai didalangi kumpulan-kumpulan penjenayah di Ecuador semalam.

Presidennya, Daniel Noboa menganggap serangan itu sebagai ‘konflik bersenjata dalaman’ yang telah berlaku sejak dua hari lalu.

Beliau memberikan arahan untuk menangani kumpulan-kumpulan penjenayah selepas beberapa geng samseng mengisytiharkan perang ke atas pihak berkuasa. Ia berlaku setelah salah seorang penjenayah paling berbahaya negara itu meloloskan diri dari penjara.

“Lapan orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan di bandar pelabuhan Guayaquil, manakala dua anggota polis turut dibunuh oleh penjenayah bersenjata di bandar Nobol,” kata polis semalam.

Noboa kelmarin mengisytiharkan Ecuador berada dalam keadaan darurat, manakala perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuasakan. 

Kumpulan-kumpulan penjenayah kemudian bertindak balas dengan menawan anggota pihak berkuasa, melancarkan beberapa letupan di bandar-bandar dan menyerbu sebuah studio televisyen TC di Guayaquil.

Ecuador dilanda keganasan sejak beberapa tahun lalu disebabkan kartel-kartel jenayah yang mempunyai kaitan dengan Mexico dan Colombia saling bersaing untuk menunjukkan kekuasaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI