fbpx

Guru maut kemalangan dalam perjalanan jadi pengawas SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan pikap, Toyota Hilux dipandu Abd. Rashid yang terlibat dalam kemalangan di KM 73, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang guru tidak sempat menjadi pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas maut dalam kemalangan di Kilometer 73, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 8 pagi itu, mangsa, Abd. Rashid Mohd Nor, 48, yang juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Sharifuddin Ali berkata, sewaktu kejadian, guru lelaki itu dikatakan dalam perjalanan ke SMK Padang Pulut dari SMK Jerangau untuk bertugas sebagai pegawas peperiksaan SPM.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pikap, Toyota Hilux yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah apabila terhempap dengan kenderaannya sendiri,” katanya di sini hari ini.

Sharifuddin berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat Abdul Rashid yang merupakan guru Pendidikan Islam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI