fbpx

Kereta api bertembung di Jawa Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa nahas kemalangan kereta api di Cicalengka, Jawa Barat hari ini. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh, manakala 28 lagi cedera selepas dua kereta api penumpang bertembung di Jawa Barat hari ini, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Nahas melibatkan kereta api Turangga dan tren Greater Bandung Commuter Line itu berlaku di laluan Cicalengka-Haurpugur sekitar pukul 6.03 pagi (waktu tempatan).

Agensi berita AFP melaporkan, seramai 287 penumpang menaiki kereta api Turangga, manakala 191 yang lain berada di dalam tren komuter ketika kejadian.

Ketua perhubungan Awam Polis Wilayah Jawa Barat, Ibrahim Tompo berkata, mayat dua daripada mangsa yang maut telah dibawa ke hospital, namun dua mayat lain masih terperangkap di lokasi kejadian.

“Dua mayat sudah dipindahkan iaitu pemandu kereta api dan pembantunya. Dua lagi mayat sedang dikeluarkan iaitu seorang kakitangan, manakala identiti mangsa keempat belum diketahui.

“Data mengenai jumlah mangsa yang cedera masih dikumpulkan, namun pihak kami merekodkan seramai 28 mangsa cedera dipindahkan ke Hospital Wilayah Cicalengka,” katanya.

Ketua Pejabat Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Bandung, Hery Marantika berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana ruang yang sempit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI