fbpx

Imej ameba pemakan otak menyeramkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej ameba pemakan otak yang dilihat dari bawah mikroskop. - X

WASHINGTON – Satu imej tular memaparkan parasit ameba pemakan otak yang dilihat dari bawah mikroskop, dengan orang ramai menyamakannya seperti ‘wajah syaitan’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam gambar yang dikongsikan di platform X, pengguna media sosial menyifatkan imej berkenaan kelihatan ‘jahat’, sama seperti sifat ameba tersebut.

“Ia kelihatan begitu mengerikan,” komen seorang netizen.

“Ia kelihatan seperti syaitan sedang ketawa,” komen netizen lain. 

“Gambar kiri kelihatan seperti gembira makan otak. Sebelah kanan kelihatan seperti baru mengetahui apa yang dimakannya selama ini,” ujar seorang pengguna lain secara berseloroh.

Jangkitan ameba pemakan otak atau nama saintifiknya Naegleria Fowleri itu berlaku apabila ia memasuki hidung seseorang yang menyelam di dalam air.

Otak pesakit akan membengkak selepas dijangkiti, manakala kadar kematian adalah 97 peratus.

Kaedah rawatannya sukar dihuraikan kerana jangkitan ameba itu merebak dengan pantas dan pakar kesihatan belum menemui ubat yang mampu menyelamatkan pesakit tepat pada masanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI