PERKAMPUNGAN kecil yang dikelilingi sawah padi di Perlis itu kelihatan tenang pada siang hari, namun apabila malam menjelma, suasana berubah menjadi sunyi sepi. Di situlah, Lydia (bukan nama sebenar) pernah melalui pengalaman yang sehingga kini masih menghantuinya. Kisah bermula selepas ibu mentuanya meninggal dunia akibat sakit tua beberapa tahun lalu. Sebelum pemergiannya, wanita itu dikatakan mempunyai amalan tertentu yang menjadi bualan penduduk kampung. Ada yang percaya arwah memiliki pendamping diwarisi daripada keluarganya sejak turun-temurun. Pada mulanya, Lydia tidak pernah mengambil……














