Penyakit malaria bukanlah baharu di negara ini, malah hampir semua orang mengetahuinya. Ketika ini, demam malaria semakin jarang diperkatakan oleh masyarakat berbanding demam denggi. Hakikatnya, penyakit malaria tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menyebabkan demam yang berlarutan dan berulang mengikut kitaran hari. Suhu badan yang naik dan turun secara berkala merupakan petanda jelas jangkitan daripada parasit telah berlaku. Sebelum ini, Malaysia berjaya merekodkan status sifar kes malaria bagi jangkitan tempatan selama beberapa tahun. Bagaimanapun, peningkatan kes jangkitan melibatkan kes import……














