fbpx
Hanif Yusabra (dua dari kiri) menyoal siasat suspek yang ditahan di sebuah rumah tinggal di Kampung Pauh Sembilan, Bachok hari ini.

‘Saya cari rezeki untuk sara anak, isteri dengan cara bawa barang seludup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – “Saya cari rezeki untuk sara anak , isteri dengan cara ini (membawa lori berisi barangan untuk diseludup ke Thailand)”

Demikian luahan seorang pemandu lori yang dicekup selepas didapati membawa sebanyak 600 kotak berisi 10,200 kilogram (kg) minyak masak peket dari Lembah Kelantan ke sebuah rumah tinggal di Kampung Pauh Sembilan di sini hari ini.

Lelaki berusia 49 tahun itu berkata, dia sudah lama bekerja sebagai ‘transporter’ dan pernah berkhidmat dengan beberapa sindiket penyeludupan di negeri ini.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama di bekerja dengan sindiket penyeludupan minyak masak peket dan tidak menyangka ditangkap ketika sedang memunggah kesemua barangan tersebut ketika tiba di rumah tersebut.

“Ini cara saya mencari rezeki untuk anak dan rezeki. Sebelum ini, saya pernah 10 kali ditangkap atas kesalahan menyeludup beras Siam dan kes-kes polis. Jika tidak buat kerja ini, apa lagi saya boleh buat.

“Saya mengambil kesemua 600 kotak minyak masak peket ini di beberapa premis di Lembah Klang sebelum membawa ke sini. Ada pihak yang memberi arahan kepada saya untuk bawa minyak masak peket itu ke sebuah rumah tinggal di Kampung Pauh Sembilan di sini,” katanya ketika ditemui selepas serbuan di rumah tersebut hari ini.

Suspek yang berasal dari Rantau Panjang itu memberitahu, dia tidak menyangka ditangkap anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika sedang memungah minyak masak tersebut bersama tiga rakan.

Katanya, dia mengaku menerima upah sebanyak RM300 daripada sindiket penyeludupan untuk perjalanan pergi dan pulang dari Lembah Klang dengan membawa kesemua minyak masak itu.

“Sindiket penyeludupan menyediakan sebuah lori dan wang tunai sebanyak RM1,500 untuk kegunaan membeli diesel, makan dan minum saya sepanjang perjalanan dari Kelantan ke Lembah Klang sebelum pulang ke sini.

“Daripada jumlah wang itu, sebanyak RM300 memang upah untuk saya membawa minyak masak peket tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, lelaki itu tidak sempat memunggah sebanyak 10,200 kg minyak masak peket ke dalam tiga buah kenderaan untuk diseludup ke Thailand selepas anggota KPDN menahannya di sebuah rumah tinggal di Kampung Pauh Sembilan di sini hari ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, serbuan dijalankan menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) di rumah itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi selepas pegawai penguat kuasa KPDN menjalankan risikan di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN