fbpx
GAMBAR yang diambil pada 19 Februari 2026 ini menunjukkan seekor anak monyet bernama Punch sedang meluangkan masa bersama sebuah patung mainan orang utan di Taman Zoologi dan Botani Bandar Ichikawa. - AFP

Monyet selebriti tidak lagi kepanasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Seekor anak monyet popular dikenali sebagai Punch bakal menikmati kemudahan penyaman udara di zoo tempat tinggalnya di Jepun, lapor laman berita Independent.

Langkah itu diambil pihak pengurusan zoo berikutan gelombang haba musim panas yang melanda Jepun dilaporkan semakin serius. 

Memetik laporan media tempatan, Majlis Bandar Raya Ichikawa memperuntukkan bajet tambahan bagi tahun 2026 sebanyak 70 juta yen (RM1.7 juta) untuk menaik taraf kurungan Punch serta kawanan monyet lain  di Taman Zoologi dan Botani Ichikawa.

Projek penambahbaikan ini turut dijayakan hasil sumbangan orang ramai. 

Kempen kutipan dana yang dilancarkan sejak Mac lalu berjaya mengumpul 43 juta yen (RM1.1 juta) setakat akhir Mei 2026. 

Tetapi, tempoh kutipan kini dilanjutkan hingga Disember 2026  atas permintaan orang  ramai yang mahu terus membantu- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN