fbpx

6 sungai di Pahang melepasi aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak enam sungai di Pahang melepasi aras bahaya sejak pukul 4 petang tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, antara sungai itu adalah Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang, Sungai Luit di Kampung Subuh dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia.

Ia diikuti Sungai Pukin, Sungai Lembing dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini.

Dalam pada itu, JPS berkata, di Terengganu, tujuh sungai turut melepasi aras bahaya iaitu Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong di Kuala Ping.

“Empat lagi adalah Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu. Bagaimanapun, hanya satu yang menunjukkan trend menaik,” ujarnya.

Di Kelantan, JPS memberitahu, empat sungai melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial (F1), Sungai Kelantan di Kuala Besar dan Sungai Galas di Chegar Lapan.

Sementara itu di Sarawak, stesen Batu Niah Bazaar, Miri sedang menunjukkan trend menaik sehingga melepas aras air tahap bahaya iaitu 5.22 meter.

Amaran bahaya dikeluarkan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir. Perpindahan perlu dilaksanakan jika perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI