KANSAS CITY – Kecemerlangan penjaga gol, Eloy Room menjulang Curacao meraih mata pertama di pentas Piala Dunia apabila mengikat Ecuador tanpa jaringan, sebentar tadi.
Walaupun Ecuador dilabel sebagai pilihan untuk menang perlawanan ini, Room nyata berada pada preatasi terbaik sekali gus mengecewakan pasukan lawan yang memiliki lebih banyak peluang termasuk 15 percubaan tepat.
Lebih menarik, 15 aksi menyelamat dilakukan Room adalah jumlah terbanyak sejak edisi 1966 sekali gus menghadirkan keceriaan buat Curacao yang tewas 1-7 kepada Jerman pada perlawanan pertama.
Terdahulu, Ecuador nyata menjadi pasukan lebih baik dan menguasai hampir keseluruhan permainan di babak pertama.
Curacao yang banyak bertahan terpaksa bekerja keras untuk mengekang gerakan merbahaya Ecuador namun anak buah Dick Advocaat turut mampu mencipta situasi bahaya khususnya menerusi serangan balas.
Satu mata yang diraih menjadi sejarah besar kepada sejarah bola sepak Curacao malah kini mampu mengelak daripada tersingkir awal. – AGENSI














