fbpx

Graduan teknikal Politeknik Ungku Omar kekal relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul (kiri) bersama seorang pelajar Politeknik Bagan Datuk yang menjalani latihan industri di syarikatnya di Sri Manjung.

LUMUT – Kemahiran diperoleh seorang graduan Politeknik Ung­ku Omar (PUO) yang mengikuti pembelajaran berasaskan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) membuka haluannya untuk bergelar seorang pengasas syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan marin di sini.

Graduan Diploma Kejuruteraan Perkapalan PUO berkenaan, Badrul Bulat, 50, berkata, kemahiran diperolehnya ketika mengikuti pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan antara 1991 hingga 1995 masih diaplikasikannya dalam kehidupan seharian ketika ini.

Bahkan, beliau menjelaskan, kemahiran dalam bidang kejuruteraan marin itu memboleh­kannya bertugas di kapal MV Bunga Melati milik Malaysian International Shipping Corporation Bhd. (MISC Berhad).

“Alhamdulillah, pengalaman selama lebih 30 tahun memboleh­kan saya merantau ke negara seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka, Mauritius serta Durban dan Cape Town di Afrika Selatan. Dalam tempoh itu, saya menimba ilmu dan berpeluang menubuhkan syarikat sendiri pada 2000.

“Saya dapati bidang perkapalan, khususnya sistem pendorongan marin (marine propulsion system) mempunyai peluang yang cerah dalam aspek peluang kerjaya dan ketika itu iaitu pada 1990-an tidak banyak syarikat terlibat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Badrul yang merupakan pe­ngasas merangkap Pengarah Urusan Micro Precision Engineering and Services Sdn. Bhd. berkata, TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan.

Katanya, ia memberi penekanan utama terhadap amalan industri, bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu, dengan 70 peratus daripada masa pengajian bagi pendidikan TVET mengutamakan aspek praktikal.

“Ia sebagai satu daripada usaha untuk menambah baik kebolehpasaran pelajar dalam bidang itu.

Pendidikan tinggi berkualiti ini akan membentuk asas yang kukuh bagi setiap individu dalam mencapai kejayaan serta kehidupan individu dan masyarakat lebih baik.

“Kemahiran dimiliki seorang graduan TVET adalah sangat berharga, bahkan graduan PUO sendiri peratusan mereka yang mendapat kerja sebelum menamatkan pengajian juga adalah tinggi hampir 100 peratus,” katanya.

Pada masa sama, Badrul memberitahu, beliau terus menabur bakti untuk PUO apabila dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Industri (IAC) sejak 2015

Katanya, syarikatnya turut memberi peluang kepada pelajar-pelajar kejuruteraan marin politeknik untuk mengikuti latihan industri di syarikatnya yang berpangkalan di Seri Manjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI