fbpx

Mangsa gempa rela tinggal di khemah walau cuaca sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA gempa bumi berada di dalam khemah sementara di Daerah Jishishan, wilayah Gansu hari ini. – AFP

BEIJING –  Mangsa gempa bumi antara paling dahsyat di China memilih untuk duduk di khemah-khemah sementara di sebalik suhu sejuk beku hari ini kerana terlalu takut untuk pulang ke rumah.

Stesen penyiaran rasmi CCTV melaporkan, sekurang-kurangnya 131 orang terbunuh di  wilayah Gansu dan jirannya,  Qinghai, barat laut China selepas gempa cetek malam kelmarin menyebabkan beribu-ribu bangunan rosak.

Hampir 1,000 orang cedera di kedua-dua wilayah itu, demikian menurut agensi berita rasmi Xinhua, dengan 16 mangsa masih hilang di Qinghai.

Gempa bumi kelmarin adalah yang paling berdarah di China sejak 2014, apabila lebih 600 orang terbunuh di wilayah Yunnan.

Wartawan AFP melihat sejumlah keluarga berteduh di dalam khemah-khemah sementara yang dibina daripada tiang kayu dan kain terpal di luar Masjid Majiahe dekat pusat gempa di daerah Jishishan Gansu.

Seorang wanita yang berlindung di salah sebuah khemah di luar masjid berkenaan memberitahu AFP bahawa keluarganya takut untuk pulang ke rumah.

“Kami belum lagi boleh pulang, ia terlalu berbahaya,” kata mangsa yang enggan memberikan namanya. 

Penduduk berkerumun di sekitar dapur di dalam khemah besar yang didirikan di gelanggang bola keranjang oleh kerajaan tempatan.

Seorang penduduk memberitahu AFP bahawa  khemah itu mempunyai seramai 35 orang berkumpul di dalamnya.

“Kami mempunyai lapan orang dalam keluarga kami tetapi (petugas kecemasan) hanya memberi kami tiga hidangan mi segera malam tadi,” kata pelajar tempatan bernamaMa kepada AFP.

“Tiada apa yang boleh kami lakukan. Kami tidak boleh pulang ke rumah kami sekarang,” katanya.

Kanak-kanak berbaring di bawah selimut, bermain telefon bimbit, manakala orang dewasa cuba menyediakan makanan daripada catuan makanan yang terhad.

Hampir 1,000  orang yang cedera telah dihantar ke hospital, dengan 87,000 orang dipindahkan ke ‘tempat perlindungan sementara’ di Gansu sahaja, kata CCTV.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa bumi bermagnitud 5.9 itu melanda pada kedalaman cetek pukul 11.59 malam (waktu tempatan)  dengan pusat gempa terletak sekitar 100 kilometer  dari ibu negeri wilayah Gansu, Lanzhou. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI