fbpx
ANGGOTA APM Kuala Muda meninjau kawasan rumah yang dilanda banjir akibat air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dekat Sungai Petani. – Foto APM KEDAH

47 mangsa banjir air pasang besar berlindung di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seramai 47 mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di Kampung Huma, Merbok dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial sejak semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Zakiyah Md. Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

Katanya, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pial kemudian dibuka pada pukul 4 petang hari sama.

“Seramai 47 penduduk daripada 25 keluarga yang terjejas akibat fenomena tersebut kini berlindung di PPS berkenaan.

“Mangsa melibatkan 11 lelaki dewasa, 22 perempuan dewasa, enam kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan cuaca pada pagi ini baik dan tiada hujan dilaporkan.

Fenomena air pasang besar semalam turut menjejaskan beberapa lokasi di kawasan pesisiran pantai di Kuala Kedah termasuk di Port Padang Garam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN