fbpx

EPL: Ten Hag lega benteng utuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA dianggap antara pemain terbaik perlawanan selepas menyelamatkan lapan percubaan berbahaya Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag merasakan aspek bertahan pasukannya kini bertambah baik ketika menyekat serangan bertali arus Liverpool untuk merekodkan keputusan seri tanpa jaringan di Anfield, awal pagi semalam.

Ia adalah kali kedua Liverpool gagal menjaringkan gol tahun ini di tempat sendiri dan Ten Hag akui gembira apabila pemainnya kembali bangkit daripada kekalahan kepada Bournemouth dan Bayern Munich.

Ten Hag juga percaya walaupun gagal meraih kemenangan, namun The Red Devils melakukan banyak perkara yang wajar dibanggakan.

“Prestasi yang cukup baik. Lihat saja keputusan Liverpool di gelanggang mereka, tetapi akhirnya kami mampu menamatkan perlawanan ini tanpa bolos dan bagusnya saya fikir kami berjaya bertahan secara berpasukan.

“Bola sepak tidak pernah sempurna, namun boleh dikatakan cara kami bertahan hampir sempurna. Apabila berlaku kesilapan, akan ada pemain lain yang ambil tanggungjawab dan mereka saling bantu membantu.

“Saya fikir ini adalah kemenangan besar buat kami, tetapi kami perlu kekalkan aksi seperti ini dalam setiap perlawanan,” katanya.

Malah, penjaga gol The Red Devils, Andre Onana yang sering dikritik sebelum ini turut bertindak cemerlang apabila melakukan lapan aksi menyelamat berprofil tinggi.

Bagaimanapun, Ten Hag perlu memikirkan aspek serangan memandangkan ini adalah kali ketiga berturut-turut United gagal menjaringkan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI