fbpx
Gambar hiasan

Umat Islam di utara, Pantai Barat dan Borneo sambut Aidiladha dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Umat Islam di negeri sebelah utara, Selangor, Negeri Sembilan, Melak dijangka akan menyambut pagi Hari Raya Aidiladha dalam keadaan hujan serta ribut petir.

Menerusi perkongsian oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan tersebut juga turut dialami di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta Sabah dan Sarawak Bahagian Sri Aman, Betong, Bintulu dan Kapit).

Pada sebelah petang pula, ribut petir dan hujan lebat dijangka masih melanda di Perlis, Kedah, W.P Labuan Sabah dan Sarawak (Bahagian Mukah, Sibu, Bintulu
dan Miri).

Keadaan cuaca sama juga dijangka melanda negeri Kelantan dan Terengganu.

Berdasarkan perkongsian MetMalaysia juga, keadaan hujan pada sebelah petang itu akan berterusan di Terengganu, Labuan, Sabah dan Sarawak (Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan
Limbang).

Negeri lain yang turut dilanda hujan pada waktu malam ialah Pahang dan Perak.

MetMalaysia turut meramalkan, negeri-negeri terbabit juga akan dilanda hujan lebat bersama ribut petir pada hari kedua Aidiladha

Ia termasuk beberapa kawasan di Johor pada sebelah petang hari tersebut.

Jelas agensi itu, ramalan cuaca akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan boleh dirujuk di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN