fbpx

Bunuh Kevin Morais: Rayuan 6 individu diketahui 14 Mac tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Kevin Morais

PUTRAJAYA – Nasib enam individu dalam dalam rayuan mereka terhadap hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais akan diketahui pada 14 Mac 2024.

Mereka ialah pakar patologi, Kolonel Dr.R. Kunaseegaran, 60, selaku tertuduh pertama; pemberi pinjaman wang, S.Ravichandran, 52, dan empat penganggur Dinishwaran ,31, AK Thinesh Kumar, 30, M.Vishwanath, 33, dan S.Nimalan, 30.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

“Keputusan akan dikeluarkan pada 14 Mac 2024 pukul 9 pagi,” kata hakim Hadhariah.

Sebelum ini, prosiding pendengaran itu telah didengar selama tiga hari yang bermula pada 4, 7 dan 14 Disember (hari ini).

Semasa prosiding, keenam-enam individu itu selaku perayu diwakili peguam-peguam M.Manoharan, Datuk N. Sivananthan, Burhanudeen Abdul Wahid, Afifuddin Ahmad Hafifi, Amer Hamzah Arshad dan Kitson Foong.

Sementara responden-responden selaku pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar bersama-sama Mohd. Fairuz Johari dan Mohd. Fuad Abdul Aziz.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati terhadap kesemua perayu selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati semua tertuduh mempunyai niat bersama untuk melakukan pembunuhan ke atas Kevin Morais.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Kevin Morais ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini ke Nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7 pagi dan 8 malam, pada 4 September 2015.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mendiang Kevin dilaporkan hilang pada 4 September 2015 selepas keluar dari kediamannya di Menara Duta untuk ke tempat kerja di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Kereta tersebut ditemukan terbakar di sebuah ladang kelapa sawit di Hutan Melintang, Perak pada keesokan harinya.

Mayat Kevin, 55, kemudian ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI