fbpx

Barang pelik untuk tujuan ilmu hitam ditemui di bawah lantai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. Pelbagai jenis barang ditemui di bawah lantai sebuah rumah di Surat Thani baru-baru ini. - Foto Sanook

BANGKOK  – Seorang pemilik rumah menemui pelbagai jenis barang pelik berhampiran  sebatang pokok di pekarangan rumah dan di bawah lantai kediamannya di daerah Thung Rang, wilayah Surat Thani, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Rumah itu dibina pada 2021 dan dia mendapatkan bantuan seorang ‘dukun’ yang kemudian memintanya menggali lubang dekat pokok tersebut. Dia kemudian menemui botol berisi rambut dan cecair kuning. 

Selepas penemuan tersebut, pemilik rumah berkenaan mendakwa bahawa keadaan kesihatan ibunya yang terlantar di atas katil selama dua bulan, bapa dan saudara kandungnya bertambah baik.

Namun, hidupnya pula terus ditimpa musibah termasuk mengalami masalah rumah tangga dan ketidakstabilan kewangan.

Pada 9 Disember lalu, dia meminta bantuan ‘dukun’ itu lagi yang kemudian melawat rumahnya dan dengan menggunakan tongkat, mengesan terdapat objek di bawah lantai rumahnya.

Pelbagai barangan termasuk limau purut, paku, lilin lebah, gigi haiwan, sehelai kain yang direndam dalam cecair kuning, kepingan dari tapak pembakaran mayat dan serpihan mangkuk ditemui.

Terdapat beg mengandungi mesej yang menyatakan bahawa rumah itu akan rosak pada 2023, ibunya terlantar pada tahun ini dan kematian akan berlaku pada 2024.

Semua barang itu kemudian dikeluarkan dari rumah tersebut dan setakat ini tidak diketahui siapa yang meletakkan barang-barang tersebut dan motif sebenar pelakunya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI