fbpx

‘Saya bersetuju dengan Steven Sim’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, mendapat sambutan positif dari pengguna media sosial setelah diangkat sebagai Menteri Sumber Manusia dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Rombakan Kabinet hari ini menyaksikan V. Sivakumar digugurkan sebagai Menteri Sumber Manusia dan digantikan oleh Steven Sim Chee Keong.

Kehadiran Sim dan Gobind dalam kabinet Anwar Ibrahim dipandang sebagai pilihan yang lebih bijak, memperlihatkan kefahaman Anwar terhadap keperluan kemahiran khusus dalam bidang Sumber Manusia dan Digital.

“Saya bersetuju dengan Steven Sim. Salah seorang ahli politik yang paling ‘underrated’ di Malaysia,” komen Pemikir Malaysia.

“Leganya kita mempunyai Kementerian Sumber Manusia yang baharu. Kabinet yang lebih baik dan kelihatan seperti PMX mendengar kritik dari orang ramai,” komen Arul.

“Steven Sim sebagai Menteri Digital dan Gobind sebagai Menteri Sumber Manusia kelihatan seperti padanan yang lebih baik, hanya Anwar yang lebih tahu,” tambah Tevanraj.

Seorang lagi pengguna laman sosial, Yusuf berkata dia cukup gembira dengan hasil rombakan Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan hari ini.

“Saya harap barisan baharu ini dapat melonjakkan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” komen Yusuf.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan V. Sivakumar yang memegang portfolio Menteri Sumber Manusia sebelum ini digugurkan daripada senarai Ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang digugurkan jawatan bertaraf menteri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI