fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: PLKN 3.0 capai semua KPI ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berjaya mencapai semua petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dengan peningkatan positif direkodkan dalam enam elemen utama pembentukan modal insan peserta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penilaian yang dibuat menerusi kaji selidik dan kajian impak bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendapati semua indikator menunjukkan peningkatan selepas peserta mengikuti latihan.

Menurut beliau, peningkatan paling ketara direkodkan dalam aspek pengetahuan ketenteraan yang melonjak daripada 56 peratus sebelum latihan kepada 84 peratus selepas latihan.

“Patriotisme meningkat daripada 82 peratus kepada hampir 89 peratus, manakala disiplin dan transformasi diri naik daripada 77.36 peratus kepada 92.6 peratus.

“Ketahanan mental turut meningkat daripada 71 peratus kepada 83 peratus, selain skor perpaduan dan semangat kesukarelawanan yang menunjukkan peningkatan positif,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Zaliha Mustafa (Sekijang- PH) yang ingin tahu perkembangan terkini PLKN 3.0.

Beliau berkata, setiap pelatih dikehendaki mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus pencapaian dalam enam elemen utama yang ditetapkan kementerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN