fbpx
GAMBAR pada Mac lalu menunjukkan kampus sebuah universiti wanita di Seoul. – AFP

Polis siasat laporan universiti Korea usir pelajar Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Polis Korea Selatan menyatakan hari ini bahawa mereka membuka kertas siasatan berhubung laporan bahawa sekumpulan hampir 24 pelajar Uzbekistan telah dihantar pulang secara paksa oleh universiti mereka.

Seramai 23 pelajar kursus bahasa di Universiti Christian Hanshin diarah menaiki bas dan  telefon bimbit mereka dirampas pada 27 November  lalu,  demikian menurut agensi berita Yonhap.

Hanya semasa dalam perjalanan, pelajar-pelajar itu  diberitahu bahawa mereka menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan  mesti pulang ke Uzbekistan kerana “gagal  memenuhi syarat untuk tinggal di Korea Selatan” tambah Yonhap.

Seramai 22 pelajar berkenaan berlepas ke Uzbekistan pada hari sama, manakala seorang kekal kerana mengalami  masalah kesihatan.

Seorang pegawai dari balai polis Osan memberitahu AFP bahawa kes itu “telah diserahkan kepada jabatan jenayah”  tanpa memberi butiran lanjut.

Universiti Hanshin menyatakan, semua pelajar itu gagal memenuhi keperluan visa mereka untuk mengekalkan baki bank minimum 10 juta won (RM35,685) selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Institusi sama memaklumkan bahawa pihaknya berulang kali memberi amaran itu berhubung perkara itu, namun kumpulan pelajar tersebut tidak mengambil tindakan.

Seorang jurucakap memberitahu AFP bahawa pihak universiti  cuba mengaturkan supaya kumpulan pelajar itu berpeluang meninggalkan Korea Selatan dan kembali ke semula ke negara itu tanpa sebarang perubahan dalam status (perundangan) mereka”.

Bagaimanapun, beberapa pakar undang-undang memberitahu AFP bahawa universiti tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pulang pelajar antarabangsa.

“Ini kerana pejabat imigresen yang harus mengesyorkan atau memberitahu mereka untuk meninggalkan Korea Selatan sebaik sahaja visa masing-masing tamat tempoh,” kata aktivis tempatan,  Cho Young-kwan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN