fbpx

Pembunuhan Zayn Rayyan: Terdapat pergerakan pada ‘dashcam’ penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Terdapat pergerakan ditemui hasil pemeriksaan awal rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang diperoleh dalam kalangan penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun pihaknya memerlukan semakan lanjut bagi mengesahkan sama ada pergerakan itu membabitkan individu mahupun objek.

“Dashcam setakat ini (dikesan) ada pergerakan, tapi saya tak boleh maklumkan apa-apa, memang menunjukkan ada pergerakan.

“Kami perlu enhance (tingkatkan kualiti) video itu sama ada (pergerakan) itu membabitkan individu atau objek lain, sama ada penduduk atau suspek kita kena tunggu enhance video itu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan berasingan, Hussein berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

“Betul kita minta bantuan JPS hari ini bagi melihat dalam takungan itu sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi setakat ini tiada penemuan bukti baharu.

“Polis masih berusaha bagi mengumpul lagi keterangan dan risikan untuk mengenal pasti suspek,” katanya.

Mengulas berhubung pemeriksaan pihaknya di blok lain semalam, beliau berkata proses berkenaan adalah sebahagian daripada ‘mass screening’.

“Keputusan ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) penduduk Apartmen Indah, Damansara Damai, dijangka diperolehi dalam tempoh dua hingga tiga hari.

“Jumlah keseluruhan sampel DNA yang diambil ialah sebanyak 228 sampel,”katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati usaha mengesan bahan bukti pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada hari keenam menjurus kepada membawa keluar air takungan di lokasi mayat mangsa ditemui.

Suasana berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini mendapati beberapa kenderaan JPS Selangor dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai dari Kontinjen Selangor tiba di lokasi kira-kira pukul 11.45 pagi.

Terdahulu, Hussein mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI