fbpx
FAHMI (tiga dari kanan) meninjau persiapan venue Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru hari ini.

Kerjasama PH-BN dijangka jadi fokus Konvensyen Pakatan Harapan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka menjadi antara fokus utama dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang berlangsung di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada di sini, esok.

Pengarah Konvensyen Pakatan Harapan 2026, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beberapa mesej penting berkaitan hala tuju politik semasa termasuk hubungan dalam Kerajaan Perpaduan dijangka disentuh pimpinan tertinggi PH sepanjang konvensyen berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu boleh dilihat berdasarkan perkembangan semasa politik negara termasuk kerjasama antara PH dan BN di peringkat Persekutuan.

“Saya percaya kalau kita lihat ceramah umum di Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini, ia memberi sedikit bayangan mengenai mesej yang ingin disampaikan pimpinan utama termasuk Pengerusi PH.

“Di peringkat Persekutuan, usaha untuk membawa perubahan dan melaksanakan tugas dalam keadaan politik yang stabil menjadi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau persiapan venue Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Ketua Penenrangan PKR berkata, kestabilan Kerajaan Perpaduan ketika ini penting bagi memastikan pelbagai agenda rakyat dapat diteruskan termasuk subsidi bersasar, program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan bantuan langsung kepada rakyat.

“Alhamdulillah, kalau kita lihat apa yang berlaku di Negeri Sembilan, akhirnya UMNO negeri itu kekal menyokong Kerajaan Perpaduan walaupun ada perbezaan pandangan dalam beberapa perkara. Jadi saya percaya di peringkat Persekutuan, kita akan terus berusaha berdasarkan perjanjian yang ditandatangani sewaktu pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Disember 2022,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil berkata, konvensyen berkenaan dijangka menghimpunkan lebih 5,000 perwakilan dan ahli daripada PKR, DAP serta Amanah dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, acara kemuncak adalah amanat Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang dijangka menyentuh hala tuju gabungan itu menjelang PRN Johor, Melaka dan persiapan menghadapi PRU16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN