KUALA SELANGOR – Suasana di Jeti Bagan Pasir, Tanjong Karang di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemukan terapung hari ini.
Ketua Zon 7 Sabak Bernam Bomba Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 9.51 pagi dan operasi bantuan mengangkat mayat disertai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.
Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 12.07 tengah hari. – KOSMO! ONLINE














