fbpx
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution merupakan Penaung IFC.

Liga Super: Imigresen FC bakal dijenamakan semula musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Imigresen FC (IFC) bakal tampil dengan nama dan identiti baharu mulai musim depan sebagai usaha mendekatkan kelab itu dengan penyokong di utara tanah air.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sebaik semua proses berkaitan dimuktamadkan.

Beliau berkata, usaha itu dilihat mampu mengukuhkan identiti pasukan di samping memperluas pengaruh serta sokongan peminat khususnya di Kedah dan Perlis.

“Kita akan perkenalkan satu nama pasukan yang baharu sebagai penjenamaan semula kepada IFC ini. Penjenamaan ini adalah salah satu cara kami untuk mewujudkan identiti baharu bagi pasukan ini.

“Ia agar lebih sesuai terutama kerana kita bermain di zon utara. Utara ini Kedah tidak ada pasukan, Perlis pun tidak ada pasukan jadi kalau kita boleh posisikan dengan identiti baharu saya percaya kita akan dapat membina kumpulan penyokong yang lebih besar dan lebih meriah. Itu sasaran kami,” katanya selepas Majlis Makan Malam dan Amanat kepada pasukan Liga Super IFC di sini mmejalam tadi.

Saifuddin yang juga Penaung IFC berkata, musim pertama pasukan itu dalam saingan Liga Super disifatkan memberangsangkan apabila mampu berada dalam kelompok terbaik liga walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang musim.

Menurutnya, dengan berbaki satu perlawanan, IFC sekurang-kurangnya telah mengesahkan kedudukan keenam liga dan masih berpeluang menamatkan saingan di tempat kelima bergantung kepada keputusan beberapa perlawanan lain.

“Kira-kira setahun lalu ketika pelancaran pasukan ini, saya berpesan kepada jurulatih bahawa saya tidak mahu meletakkan tekanan. Saya cuma mahu pasukan dibina sebaik mungkin.

“Hari ini, musim sulung kami menyaksikan pasukan berada pada kedudukan terbaik sama ada nombor lima atau enam. Saya bangga dengan pemain, jurulatih dan barisan kejurulatihan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN