fbpx
Gambar pertemuan antara Anwar, Ahmad Zahid, Anthony Loke dan Saifuddin yang dimuat naik Fahmi di Facebook, hari ini.

‘Pertemuan berlangsung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Perkara itu dikongsi Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menerusi kapsyen ringkas pada hantaran tersebut, Fahmi hanya menulis, ‘Pertemuan berlangsung’.

Gambar berkenaan sekali gus mencuri perhatian orang ramai susulan perkembangan politik semasa, khususnya melibatkan isu kepimpinan kerajaan negeri dan hubungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung butiran lanjut pertemuan tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan beliau dijadualkan akan mengadakan pertemuan bersama Anwar bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan Barisan Nasional mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN