fbpx
AKSI pemain-pemain negara ketika berdepan Singapura pada perlawanan pertama kuadran hari ini. - AMIR KHALID

Takraw Piala Dunia: Malaysia langkah kanan acara kuadran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara memulakan cabaran pada Piala Dunia 2026 dengan langkah positif apabila menang 15-9, 15-13 ke atas Singapura pada aksi sulung kumpulan C acara kuadran hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa sebentar tadi, Malaysia mempamerkan aksi cukup baik apabila berjaya mendominasi sepenuhnya permainan meskipun Singapura cuba memberikan saingan.

Pasukan negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Afifuddin Mohd. Razali dan Muhammad Shahalri Aiman Halim tetap tenang berdepan serangan pemain-pemain lawan.

Amirul Zazwan selaku kapten berkata, permainan Malaysia hari ini sedikit perlahan, namun dia dan rakan sepasukan sedia untuk memperbaiki kelemahan itu menjelang pertemuan menentang Korea Selatan dan India esok.

“Untuk perlawanan pertama hari ini, secara peribadi saya rasa permainan kami agak perlahan tetapi kita cuba untuk perlawanan esok berdepan Korea dan India. Saya rasa permainan mereka lebih baik hari ini.

“Kami perlu meningkatkan permainan untuk perlawanan esok. Kuadran ini memang semua negara ada peluang untuk menang, terutamanya sesiapa yang kurang buat silap dari segi hadangan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Mengulas pertemuan menentang Korea esok, Amirul Zazwan mengakui, pasukan negara perlu memperbaiki kelemahan dari segi servis dan pukulan bagi memastikan Malaysia dapat bermain lebih selesa.

“Memang kita akan cuba untuk mendapatkan mata dari segi pukulan dan sevis. Masuk (servis) ke gelanggang adalah satu benda penting kerana hari ini servis kurang membantu untuk mendapatkan mata,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN