fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Pemeriksaan rumah ke rumah diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Pemeriksaan rumah ke rumah penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini diteruskan pada malam ini.

Difahamkan pemeriksaan itu terdiri dariapda Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat tiba sejak pukul 7.55 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, kehadiran Unit Forensik adalah bagi melakukan pemeriksaan rumah ke rumah malam ini.

Kata beliau, pemeriksaan itu adalah bagi mengesan dan mengumpul lebih banyak bukti yang boleh membantu siasatan.

“Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan terlibat dalam pemeriksaan rumah ke rumah malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Petang tadi, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati beberapa kenderaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dan Unit Forensik PDRM tiba kira-kira pukul 11.45 pagi sebelum beredar sekitar pukul 2 petang.

Dalam pada itu, terdapat anggota Unit Anjing Pengesan (K9) dilihat tiba di lokasi dan mula membuat pemeriksaan di apartmen kediaman kanak-kanak autistik terbabit kira-kira pukul 5.10 petang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI