fbpx

FAM perjelas isu pemilihan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI final Piala Malaysia Jumaat lalu mencetuskan kontroversi apabila pengadil perlawanan didakwa gagal mengendalikan aksi dengan baik.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempertahankan keputusan untuk melantik S. Logeswaran selaku pengadil bagi aksi final Piala Malaysia selepas pengadil bertaraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak dapat digunakan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman mengakui terdapat beberapa faktor yang menyebabkan enam pengadil FIFA tempatan tidak dapat dilantik untuk perlawanan penting melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC), Jumaat lepas.

“Razlan Joffri Ali dan Kamil Zakaria merupakan pengadil kelahiran Terengganu, Tuan Yaasin Tuan Hanafiah pengadil berdaftar di Johor manakala Usaid Jamal yang baru bertugas di Melaka pula pernah berdaftar sebagai pengadil di Johor.

“Situasi ini disebabkan mereka tidak dapat dilantik atas faktor pengadil berstatus berkecuali.

“Baki dua lagi Pengadil FIFA, Suhaizi Shukri dari Kedah terlibat dengan tugasan Piala AFC, manakala Nazmi Nasaruddin dari Pulau Pinang berada di Arab Saudi untuk tugasan pengadil,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Azman percaya pemilihan Logeswaran adalah tepat berdasarkan persetujuan Jawatankuasa Pengadil FAM selain prestasi pengadil dari Selangor itu cukup baik sepanjang musim ini.

“Logeswaran juga merupakan antara pengadil senior dalam saingan Liga Malaysia dengan beliau adalah Pengadil Kebangsaan Kategori A.

“Berhubung beberapa keputusan pada aksi final tersebut yang dipertikaikan, keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah tepat selepas penelitian rakaman video dilakukan,” katanya.

Sebagai rekod, prestasi Logeswaran sepanjang 90 minit perlawanan dianggap berada pada bawah prestasi sebenar untuk mengendalikan aksi bertaraf final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Beberapa tindakan Logeswaran dipersoalkan apabila tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain JDT, Jordi Amat biarpun melakukan terjahan kasar kepada pihak lawan beberapa kali.

Malah, Logeswaran juga telah menghadiahkan tiga sepakan penalti sepanjang perlawanan apabila dua diberikan kepada skuad Harimau Selatan dan satu kepada TFC dengan keputusan berakhir 3-1.

Dalam satu lagi isu berkaitan, badan induk itu turut tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan teguran yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina terhadap mutu pengadilan pada aksi final tersebut dan apa yang tular di media sosial itu adalah berita atau kenyataan palsu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI