fbpx

EPL: Man. City cemas sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH meledak gol kemenangan City ketika mereka bangkit menewaskan Luton pada aksi kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui dapat menarik nafas lega selepas pasukan melakar kemenangan pertama dalam lima perlawanan dengan menewaskan Luton Town 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Pada aksi di tempat lawan itu, The Citizens terpaksa bangkit daripada ketinggalan 0-1 dengan meraih jaringan hasil ledakan Bernardo dan Jack Grealish sekali gus meraih kemenangan pertama dalam tempoh lebih sebulan.

Kata Guardiola, keputusan itu cukup penting dalam usaha menyerap tekanan kepada pasukan yang dikritik hebat ekoran prestasi tidak menentu sebelum ini memandangkan status mereka selaku juara bertahan.

“Apa yang penting kami berjaya melakar kemenangan meskipun tidak beraksi pada tahap sebenar. Keputusan ini cukup penting untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan pemain yang cukup terjejas sebelum ini.

“Saya lihat kita hanya beraksi dengan teruk ketika bertemu Fulham dan Aston Villa, selain daripada itu kita bermain dengan bagus. Bukan mudah untuk menewaskan pasukan seperti Luton yang memiliki kelebihan dengan keadaan stadium dan padang seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Grealish mengakui cukup puas dapat menjadi wira buat pasukan sekali gus menutup mulut pengkritik selepas gagal meraih kemenangan ketika bertemu Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Villa sebelum ini.

“Mungkin ramai yang anggap pasukan kami dilanda kemelut prestasi tetapi saya harap kemenangan ini dapat meredakan sedikit tekanan yang dialami.

“Cuma, harus saingan musim ini sangat sukar kerana pasukan-pasukan seperti Liverpool, Spurs, Chelsea dan Villa cukup agresif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI