fbpx

JAKOA Pahang nafi harimau kumbang baham Orang Asli di Lanchang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan JAKOA Pahang gambar mangsa yang cedera parah di kepala adalah gambar lama yang dikitar semula.

TEMERLOH – Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) Pahang menafikan kejadian seorang lelaki Orang Asli di Lanchang dibaham harimau kumbang yang menyebabkan mangsa cedera parah di kepala semalam.

Pengarahnya, Johari Alwi berkata, tiada laporan kejadian sedemikian diperkampungan Orang Asli di situ termasuk seluruh negeri ini.

Beliau mengakui terkejut dengan laporan itu yang dipetik dari siaran tular di Facebook yang didakwa berlaku di tapak pertanian Kampung Teris, Lanchang, Temerloh.

“Siasatan JAKOA Pahang gambar mangsa yang cedera parah di kepala adalah gambar lama yang berlaku di kawasan kampung pos Perwor Perak kira kira dua tahun lalu.

“Ia disiarkan semula seolah-olah baru berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Tambah beliau, maklumat yang diperolehi batin kawasan itu memaklumkan mangsa diserang harimau kumbang ketika mencari kayu, namun sempat membunuh haiwan tersebut dengan menggunakan parang.

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat Orang Asli yang mencari rezeki di kawasan rayau perlu berwaspada dan mesti berada dalam kumpulan semasa di hutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI