fbpx

Piala Malaysia paling ramai penonton, Siti Nurhaliza juga ‘terkait’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI, 44, menasihatkan sebilangan pihak tidak mengaitkan dirinya dengan perkara yang tidak sepatutnya termasuk selepas perlawanan Piala Malaysia yang menghimpun paling ramai penonton di SNBJ, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap mana-mana pihak berhenti membuat perbandingan antara konsertnya dengan acara lain yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kata Siti, 44, dia enggan terkait sebarang perkara yang berpotensi mengundang reaksi kurang senang netizen sehingga perlu memberi penjelasan setiap kali hal sama dibangkitkan.

“Kalian semua ni kan suka tau buat ‘posting’ macam ini. Nanti kalau ada komen-komen saya juga yang kena.

“Janganlah ya, saya tidak pernah risau apa-apa pun,” katanya pada perkongsian dalam Instagram Story.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin memuat naik hantaran sebagai respons terhadap artikel bertajuk ‘Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay’ yang dikongsikan dalam akaun media sosial milik satu saluran berita sukan tempatan.

Menurut artikel berkenaan, perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di SNBJ, pada Jumaat lalu berjaya menghimpunkan 85,550 penonton.

Secara tidak langsung, pihak terbabit mendakwa perlawanan bola sepak itu berjaya memintas rekod konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada 2004 serta Music Of The Spheres World Tour membabitkan kumpulan Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu di lokasi sama.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menyelar perbandingan yang disifatkan tidak adil memandangkan konsert serta perlawanan bola sepak adalah dua segmen berbeza.

Malah tidak kurang yang menyelar saluran berita sukan popular itu yang didakwa kurang cerdik apabila tidak mengambil kira jurang perbezaan ketara harga tiket antara kedua-dua acara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI