fbpx

EPL: Everton keluar zon penyingkiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCNEIL (kanan) meledak gol pembukaan Everton ketika mereka melakar kejutan menewaskan Newcastle awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pasukan Everton menarik nafas lega apabila berjaya keluar daripada zon penyingkiran selepas meraih kemenangan bergaya 3-0 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Toffees mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila meraih gol menerusi ledakan Dwight McNeil, Abdoulaye Doucoure dan Beto sekali gus membantu pasukan menduduki tangga ke-17 ketika ini.

Pengendali Everton, Sean Dyche percaya kemenangan yang diraih adalah cukup penting buat pasukan selepas dihukum pemotongan 10 mata oleh EPL bulan lalu.

“Jika kita lihat, tanpa pemotongan mata kita berjaya kutip 20 mata musim ini dan ia adalah jumlah yang bagus. Cuma, kita harus fokus kepada realiti selain fokus dengan 10 mata sahaja kerana tidak tahu keputusan rayuan nanti.

“Mengenai perlawanan, saya percaya kami berhak untuk melakar kemenangan kerana mendominasi penuh pasukan lawan tetapi pujian wajar diberikan kepada mentaliti pemain yang tidak mudah mengalah,” katanya.

Sementara itu, pengendali The Toons, Eddie Howe mengakui kepenatan adalah punca kenapa pasukan gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan selepas hampir 10 pemain utama mengalami kecederaan ketika ini.

“Sudah pasti ada alasan disebalik pergelutan yang kita lalui sekarang dan apa yang boleh saya katakan, bukan mudah untuk beraksi dengan kesebelasan yang sama untuk beberapa perlawanan dan aksi kali ini jelas kelihatan mereka agak penat di atas padang,” katanya. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI