fbpx
HARIMAU Malaya terpaksa akur dengan kekalahan berdepan Thailand di Stadium Rajamangala kelmarin. - FB MALAYSIA NT

Piala ASEAN: Impian mara masih terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEGAGALAN membawa pulang tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Thailand bukan alasan untuk Harimau Malaya mengangkat bendera putih kerana peluang untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 masih terbuka luas.

Keyakinan itu disuarakan pengendali interim negara, Tan Cheng Hoe yang percaya pasukannya mampu bangkit dan mencipta kejutan pada aksi terakhir Kumpulan B menentang Filipina, Sabtu ini.

Kata Cheng Hoe, kekalahan kepada Thailand tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur kerana semua pemain terutama tonggak muda telah memberikan aksi yang terbaik sepanjang perlawanan.

“Sudah tentu sebagai seorang jurulatih, saya mahu mengekalkan rekod yang baik (tidak tewas kepada Thailand sebelum ini).

“Namun, kita dapat lihat pasukan tuan rumah lebih bersedia dan kadangkala dalam bola sepak, kita akan disajikan momen tertentu, termasuk elemen kejutan,” katanya.

Pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok kelmarin, skuad Gajah Perang meraih tiga mata hasil jaringan Yotsakon Burapha dan Teerasak Poeiphimai untuk memintas kedudukan Harimau Malaya selaku pendahulu Kumpulan B.

Kedudukan Malaysia di posisi No. 2 berpotensi dipintas Myanmar atau Filipina jika menang ke atas lawan masing-masing pada perlawanan kumpulan, malam esok.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui tempoh rehat selama enam hari akan digunakan untuk menaikkan semula motivasi pasukan sebelum mengharungi perlawanan terakhir nanti.

“Kamu perlu terus memberikan mereka keyakinan bahawa mereka mampu melakukan yang terbaik. Harapan mereka dapat meningkatkan prestasi untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara gagal melangkah ke pentas separuh akhir Piala ASEAN edisi 2024 dengan kali terakhir mara ke kelompok empat negara terbaik adalah pada edisi 2022 ketika dibimbing Kim Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN