fbpx

Perak pantau pencemaran akibat perlombongan bijih timah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Lim ketika bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perak akan mengeluarkan arahan pemberhentian kerja sementara terhadap pelombong bijih timah sekiranya aduan yang diterima berkenaan pencemaran alam sekitar adalah berasas.

Berdasarkan rekod, di lokasi Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak, dua aduan diterima berkaitan kematian ikan serta pencemaran di Sungai Rui yang dikaitkan dengan aktiviti perlombongan bijih timah pada tahun 2022 dan 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim berkata, menggunakan kes tersebut, apabila menerima aduan jabatan akan segera melakukan pemeriksaan dan seterusnya ke tapak aktiviti perlombongan berdekatan untuk menentukan punca sebenar aduan.

“Jabatan akan mengeluarkan arahan pemberhentian kerja sementara dan mengarahkan pelombong untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi sekiranya aduan yang diterima yang adalah berasas,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Mohamad Amin Roslam (PN-Pengkalan Hulu) yang turut melahirkan kerisauan tentang sisa bijih timah terhadap sungai berdekatan.

Kata Kok Lim, jabatan juga mengadakan pemantauan kualiti air Sungai Rui, Sungai Kuak, Sungai Endah, Sungai Kijang dan Sungai Kepayang serta sisa lombong bijih timah aktif di daerah Hulu Perak secara berkala melalui kaedah pensampelan air serta analisa makmal.

Tambah Exco itu, pada masa ini terdapat 13 buah lombong bijih timah yang telah diberikan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI