fbpx
Ross merempuh kumpulan penunggang basikal sebelum salah seorang daripada mereka terjatuh. - Fox News

Pemandu himpit, rempuh penunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA, GEORGIA – Seorang pemandu di negeri Georgia melanggar sekumpulan penunggang basikal dalam tindakan yang didakwa dilakukan secara sengaja, lapor akhbar The Sun UK.

Jerry Wayne Ross, 72, menghadapi tuduhan langgar lari menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda Pilot miliknya pada 23 April lalu di daerah Cherokee.

Dalam satu video yang dikongsikan, kenderaan dipandu Ross didengari membunyikan hon panjang kepada sekumpulan penunggang basikal.

Keretanya kemudian menghimpit kumpulan tersebut sebelum bergesel dengan beberapa orang daripada mereka, menyebabkan salah seorang penunggang terjatuh.

Ross kemudian memecut keretanya ketika penunggang lain menjerit ke arahnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Richard Collins terjatuh di atas jalan tar, menyebabkan kulit siku, bahu dan kakinya bercalar.

Pegawai Syerif Daerah Cherokee menahan Ross di rumah jirannya dan dia kini ditahan di penjara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN