fbpx

Antara 18 hingga 20 bagi setiap 100 individu di Perak alami kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivanesan bercakap pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Perkadaran penduduk negeri Perak yang didapati mempunyai masalah kesihatan mental adalah antara 18.1 hingga 20.1 peratus iaitu bagi setiap 100 individu, 18-20 orang mengalami isu tersebut mengikut data tahun 2020 hingga 2022.

Mengikut data yang dikongsikan, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 4,700 hingga 5,130 individu sedia ada menerima rawatan susulan dan 350 ke 600 kes baharu telah didaftarkan menerima rawatan di klinik kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, penjagaan kesihatan mental merupakan taggungjawab bersama pelbagai pihak samada sektor kerajaan atau swasta.

Jelasnya pelbagai inisiatif dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia pada tahap yang terbaik termasuklah Program Saringan Minda Sihat.

“Program Saringan Minda Sihat ini merupakan satu saringan percuma kepada individu yang hadir ke klinik kesihatan di seluruh negeri Perak di mana individu tersebut hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah.

“Saringan ini akan menunjukkan sama ada individu tersebut mempunyai tanda-tanda masalah kesihatan mental dan seterusnya akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan. Saringan awal ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran individu tersebut terhadap tahap kesihatan mental mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN-Sungai Manik) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Katanya juga Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama pelbagai juga menjalankan pelbagai kempen kesedaran dan saringan.

Katanya, dari segi kemudahan rawatan pesakit mental di Perak, terdapat 82 buah klinik kesihatan yang memberi rawatan susulan kepada mental, selain kesemua 15 hospital kerajaan di negeri itu turut memberikan kemudahan rawatan pesakit mental.

Turut dikongsikan adalah data terkumpul unit sumber manusia jabatan kesihatan negeri yang menunjukkan jumlah Pakar Psikiatri di Perak adalah 34 orang dan nisbah kepada populasi adalah 1:73,832 orang penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI