fbpx
Isteri mangsa Mon Abd. Rahman 69, menunjukkan gambar Abdullah di Felda Palong 3, di Jempol. - NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Abdullah tidak pulang selepas ke kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang warga emas lelaki dilapor tidak pulang ke rumah dan hilang di kawasan kebun sawit di Felda Palong 3, di sini, sejak petang semalam.

Mangsa, Abdullah Alias, 78, dikatakan keluar ke kebun sawit dari rumahnya kira-kira pukul 5 petang sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada pukul 11.49 malam semalam.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Palong bergegas ke lokasi dan mendapati laporan kehilangan tersebut adalah benar.

“Mangsa dipercayai masuk ke dalam kebun sawit pada petang semalam dan tidak pulang ke rumah. Motosikal yang ditungganginya ditemui masih berada di dalam kebun berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada pukul 8.45 pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi melibatkan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), polis, unit anjing pengesan (K9) serta penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN