fbpx
Imej yang Jaslinda yang dikesan Kamera 1 Perhilitan di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu. Foto IHSAN JBPM

Rindu sangat… kenapa ibu tak balik lagi – Anak tiri Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tengok (gambar) ini rasa rindu (ibu) sangat.”

Demikiah luahan pilu anak tiri pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Butih, Perak, sejak Ahad lalu susulan rakaman imej mangsa yang dikesan, baru-baru ini.

Nurr Ashikin Haszman, 29, pada masa sama turut meluahkan kerinduan kepada ibunya yang disifatkan sentiasa menyokongnya.

“Mana lah ibu, kenapa tak balik-balik lagi. Ibu lah orang yang ‘backup’ (sokong) Ikin kalau kene marah dengan ayah, balik lah” katanya dalam hantaran di Threads, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata mendoakan agar Jaslinda segera ditemukan dalam keadaan selamat.

“Jarang anak tiri sesayang ini dekat mak tiri, mesti dia ibu yang baik,” tulis Nimilan.

“Saya sentiasa doakan Kak Jas selamat. Hari-hari hati rasa tak tenang juga bukak Thread sebab nak tengok perkembangan ibu awak. Semoga awak, ayah dan keluarga kuat okey,” kata @Naemah.

“Saya doakan ibu awak segera dijumpai. Solat, doa jangan pernah tinggal. Sebaiknya bila baca al-Quran, sedekah pada dia, supaya dia kuat, jumpa jalan keluar dan dijumpai,” ujar @Ayim.

Sebelum ini, rakaman kamera pengawasan hidupan liar Perhilitan berjaya mengesan imej Jaslinda melintasi Kamera 1 pada pukul 11.22 pagi bertarikh 24 Mei.

Untuk rekod, Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 pendaki lain serta dua malim gunung di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak sejak Sabtu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN