fbpx

Piala Malaysia: Penyokong JDT teruja ke Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHOR Fan Club menyediakan 13 buah bas untuk menyertai rombongan besar penyokong JDT bagi membanjiri SNBJ Jumaat ini.

SUDAH menjadi resmi buat kelab-kelab penyokong Harimau Selatan saban tahun bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) memberi sokongan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagi Presiden Johor Fan Club, Azman A. Jalil berkata, setiap aksi final ini ada keistimewaan tersendiri dan rasa teruja itu tetap segar, aksi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) pada Jumaat ini tidak terkecuali.

Katanya, dianggarkan lebih 109 buah bas daripada beberapa kelab penyokong JDT di negeri ini akan berkonvoi dari pelbagai lokasi pada pagi Jumaat itu dengan misi yang sama untuk menawan SNBJ.

“Bagi Johor Fan Club, seperti biasa kita akan berkumpul di perkarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin sebelum bertolak ke SNJB.

“Pada tahun ini, kita sediakan 13 buah bas buah ahli kelab bagi menyaksikan perlawanan akhir ini, konvoi terbesar adalah penyokong Boys of Straits dengan sebanyak 71 buah bas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azman berkata, konvoi akan berlepas awal kira-kira pukul 8 pagi bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk ke stadium.

Beliau menyeru rakyat Johor untuk bersama-sama merebut peluang membanjiri SNBJ dan memberi sokongan padu kepada JDT dalam misi melengkapkan kejuaraan quadruple (empat piala) pada musim ini.

“Sebelum ini, JDT telah merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah, diikuti Piala FA dan Liga Super, ini piala terakhir jadi rebutan musim ini.

“Final Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur City FC diadakan di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan final Piala Malaysia dibuat di SNBJ, keterujaan itu berbeza dan harap lebih ramai penyokong JDT dapat turun memeriahkan perlawanan akhir ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI