fbpx

Piala Malaysia: JDT dijangka menang 3-0 atasi TFC aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT memiliki reputasi dan kekuatan yang dianggap mampu membantu mereka mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia kali ini.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) diramal muncul pemenang Piala Malaysia 2023, sekali gus menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menjangkakan skuad bimbingan Esteban Solari mampu meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Terengganu FC (TFC), dengan menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit.

Wan Jamak yang juga bekas pemain dan jurulatih Johor itu berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan prestasi kedua pasukan tanpa prejudis.

“Ramalan ini dibuat bukan sebab saya orang Johor dan juga bekas pemain Johor sebaliknya kekuatan yang ada pada pasukan JDT ketika ini.

“Sejak diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pembangunan pasukan banyak berubah dengan pelbagai kejayaan diraih termasuk di peringkat Asia.

“Melihat prestasi semasa pasukan, saya lihat JDT tidak berdepan masalah untuk menewaskan TFC, bukan memperkecilkan kemampuan TFC tetapi JDT adalah pasukan di tahap yang berbeza,” katanya kepada pemberita hari ini.

Wan Jamak berkata, faktor pengalaman serta kekuatan pasukan meletakkan jurang Antara kedua pasukan dan juara Liga Super kali ke-10 itu mempunyai kelebihan berbanding lawannya itu.

Jelasnya, penampilan skuad Harimau Selatan dalam kejohanan terbesar rantau Asia iaitu Liga Juara-juara Asia (ACL) menjadikan mutu permainan pasukan lebih matang.

“Skuad JDT dilihat mampu menyaingi kelab ternama di Liga Korea Selatan dan Jepun, pengalaman ini amat bermakna dan berjaya diterjemahkan ketika beraksi di Liga M, ini menjadikan JDT sentiasa di hadapan.

“Walaupun tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale, itu tidak mematahkan semangat mereka untuk merangkul trofi terakhir jadi rebutan musim ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI