fbpx

Pesohor YouTube rancang nahas pesawat dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jacob sedia untuk terjun sebelum pesawat kecil itu terhempas. - YouTube

WASHINGTON – Seorang pesohor YouTube di Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana merancang insiden nahas sebuah pesawat kecil untuk dijadikan kandungan video tular di media sosial, lapor laman berita Wion News.

Juruterbang dan penerjun udara berpengalaman, Trevor Daniel Jacob, 30, mengaku bersalah pada Jun lalu selepas dengan sengaja menyebabkan pesawatnya terhempas bagi membolehkan dia merakam kejadian itu pada November 2021, demikian menurut pendakwa raya persekutuan di California dalam satu kenyataan.

Video bertajuk ‘I Crashed My Airplane’ yang dimuat naik pada Disember 2021 memaparkan pesawat kecil itu mengalami kerosakan enjin ketika melepasi Hutan Negara Los Padres di daerah Santa Barbara.

Jacob dilihat melompat keluar sambil memegang tongkat swafoto dan membuka payung terjun yang dipakainya. Kamera yang sebelum itu dipasang pada sayap dan ekor pesawat kemudian merakam situasi sebelum nahas dan semasa Jacob melompat.

Selepas mendarat, Jacob menuju ke lokasi nahas dan mendapatkan semula rakaman video daripada kamera berkenaan.

“Apabila disoal siasat, dia berbohong dengan mengatakan tidak mengetahui lokasi nahas,” kata pendakwa raya persekutuan di Mahkamah Daerah Tengah California. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI